Dalam kemalasan yang melanda jiwa blog ini bersawang lagi untuk kesekian kalinya. Memang akak (sedar juga diri ni dah makin tue) ni jenis yang tidak suka buat karangan sejak dari time sekolah dulu pun... huhuhuuu....
Oklah, sebagai entry pembuka bagi tahun 2012 ni, Yus nak mulakan dengan entry memasak. Resepi Kek Karamel yang ramai sahabat kat luar sana gemarkannya. Rasa kek ni berbeza dengan kek butter or lain2 kek biasa... dia ada rasa karamel yg mcm puding plus kek dia yang light and not too sweet dalam kata lain keknya lembut dan pudingnya cair di mulut...Yus suka buat sebab ia cantik, dan Ain pun suka makan...
KEK KARAMEL (loyang saiz 9")
Terima kasih kepada Kak Munira Baharom dari dirabakers atas resepi asal
Juga Salwani Suhaimi dan E-na yang menerangkan dengan ikhlas step by step of making this caramel cake.
Bahan-bahan:
A - gula hangus
- 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Gula akan cair dan jadi warna perang.
Yus goyangkan loyang agar gula tu rata kat seluruh muka dasar loyang.
Biarkan sejuk (nanti akan dengar bunyi macam kaca pacah kena panas masa gula tu menyejuk.
B - bahagian karamel
- 1/2 tin susu cair (kalau nak karamel tebal, jap lagi Yus citer kat bawah)
- 70g gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telor
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau perlahan supaya tidak berbuih.
Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang yang berisi bahan A tadi.
Kata orang pastikan tiada buih2, nanti karamelnya tak berapa cantik :)
C - bahagian/lapisan kek (merinque)
- 6 biji putih telur
- 70g castor
- 1 sudu teh cream of tar tar
Dalam bekas yang kering, pukul semua bahan sehingga jadi adunan yang kembang dan kental.
Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental.
Cuba terbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh.
Pastikan juga bekas dan mixer tu kering.
Pastikan lagi putih telur tu tadi tiada sedikit pun bercampur kuningnya.
D - bahagian/lapisan kek (tepung)
- 140g tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 3 biji telur kuning
- 135ml air suhu bilik
- 45ml minyak jagung
- 70g gula kastor
Ayak tepung bersama baking powder
Pukul telur kuning bersama minyak dan air sehingga gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi hingga naik sekali ganda.
Masukkan pula campuran tepung dan baking powder tadi dan pukul lagi.
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 160°C. Panaskan bersekali dengan tray oven/loyang 10" yang ada air utk bain marie nanti.
- Masukkan bahan B ke dalam A (dah buat tadi kan)
- Campurkan adunan C dan D, gaul dengan senduk hingga sebati.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak warna dan paste yang digemari.
- Sendukkan adunan secara berselang-seli ke dalam loyang puding tadi. Letak di tengah-tengah loyang dan lapisan seterusnya juga di tengah-tengah warna yang sebelumnya.
- Mulakan dari tengah (tak perlu ratakan). Adunan kek akan terapung di atas adunan puding dan akan bergerak kiri kanan. Bila sudah separuh adunan dimasukkan baru ia stabil.
- Bakar cara double boil/bain marie. Maknanya bakar dengan cara meletakan loyang adunan kek ke dalam loyang yang lebih besar yang berisi air panas.
- Bakar selama 50-60 minit (ikut tahap oven masing-masing) dengan menggunakan api bawah sahaja
- Bila dah masak, angkat dan rehatkan selama 10 minit barulah diterbalikkan.
- Agak-agak dah tak panas, sejukkan dalam chiller.
Kek ni memang sangat sedap makan sejuk-sejuk. Ain kata macam kek aiskrim. Andainya tiada peminat tegar di rumah, kek ni boleh tahan di simpan sehingga 5 hari dalam peti ais.
Jom makan...
Note:
Bagi yang mahukan lapisan pudingnya tebal, boleh ubah bahagian B sahaja seperti ini:
- 400ml fresh milk / susu cair
- 3 biji kuning telur
- 2 biji telur
- 140 gram gula castor
- 1 sudu kecil esen vanila
Selamat mencuba! yang tak nak cuba, order je... heheheheh...


