Monday, September 19, 2011

Kisses and Gestures

Hi there my friends... today my mood - I'm a bit happy... Meet up with my best friends forever yesterday... Thanks guys! terubat juga rindu pada kalian.  Enjoy your tripping to Bangkok next month ya. I'm expecting you guys to come over my house maybe for a pajamas/pyjamas party? hehehe... and of course le kalau party cenggini, yg lelaki tu tak leh le nak joint ek!

Anyway here I want to share with all something about Kisses and Gestures. Enjoy! :)



WHAT EACH KISS MEANS:
  • Kiss on the Upperchest: I'm ready.
  • Kiss on the Forehead: We're cute together.
  • Kiss on the Cheek: We're friends.
  • Kiss on the Hand: I adore you.
  • Kiss on the Neck/Ears: I want you, now.
  • Kiss on the Shoulder: Your perfect.
  • Kiss on the Lips: I like you a lot.
____________________________________

WHAT EACH GESTURE MEANS:
  • Holding Hands: We definitely like each other.
  • Touching on the Butt: Your fun.
  • Holding you tight pressed against each other: I want you.
  • Looking into each other's Eyes: I like you, I love you for who you are.
  • Playing with Hair: Let's fool around.
  • Arms around the Waist: I like you too much to let go.
  • Laughing while Kissing: I am completely comfortable with you.
____________________________________

ADVICE:
  • If you were thinking about someone while reading this, you're definitely in Love.
_______________________________________

REQUIREMENTS:
  • Post this again after reading!!
_______________________________________

IF YOU (LIKE), (LOVE), OR (MISS) SOMEONE RIGHT NOW:
  • and can't get them out of your head.- then Re-post this within One Minute and Whoever you are missing will surprise you.
  • Repost this as "WHAT EACH KISS MEANS"

Thursday, September 15, 2011

Bahaya dan Akibat Buruk Zina


Here is a quite long article which I think worth sharing... Dunia hari ini yang rata-rata memandang mudah larangan Allah.  Hoping this thing is not to be done by my family... Amiin..
Perkara yang paling kita takuti dan moga-moga dijauhi perbuatan yang keji disisi Allah SWT ini adalah ZINA. Kepada muslimin dan muslimat bacalah kerana kita mungkin terjebak dengan perbuatan ini sekiranya iman kita lemah dan mohon kepada jalan dan bertaubat. Bacalah doa ini selepas setiap kali habis solat waktu.
Doa Penebal Iman:
Allaahumma a'thinii iimaanan shoodiqon wa yaqiinan laisa ba'dahu kufrun wa rohmatan anaalu bihaa syarofa karoomatika fiddun-yaa wal aakhiroh


Maknanya:
Ya Allah! Berikanlah aku keimanan yang sejati dan keyakinan yang tidak disusuli oleh kekufuran, dan berilah aku rahmat yang untuk memperoleh kemuliaan kebesaranMu, di dunia dan di akhira

DOSA ZINA DAN AKIBATNYA
Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina, Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:


1.  Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.


2.  Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.


3.  Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.


4.  Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.


5.  Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.


6.  Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah SWT mahupun sesama manusia.


7.  Allah SWT akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.


8.  Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya .


9.  Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki 'qalbun salim' (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.


10.  Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah SWT maka Allah SWT akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah SWT tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.


11.  Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.


12.  Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua,pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.


13.  Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.


14.  Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakanakidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya , namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.


15.  Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa. Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.


16.  Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab), Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.


17.  Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.


18.  Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya .


19.  Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.


20.  Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit ganas seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.


21.  Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah SWT akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: " Allah telah mengkhususkan had (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu":


1.  Hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fisikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.


2.  Allah SWT secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina . Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah SWT itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah SWT. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.


3.  Allah SWT memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikant umat.




BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN
1.  Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.


2.  Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.


3.  Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.


4.  Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.


5.  Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.


6.  Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.


7.  Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya atau pun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.


8.  Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.


9.  Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.



BERTAUBAT
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. 

Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah SWT akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah 'putus asa' dalam mencari rahmat Allah SWT.

Allah berfirman, mafhumnya:
"Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (QS. 25:68-70)

Sumber: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.

Friday, August 26, 2011

Kisah dan Teladan

Read this post from a friend and I think it should be shared with everyone. Please....lah perents? Push away your ego and build up more respect and dignity in our family! Here the story goes:

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan in tim . Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

Tuesday, March 8, 2011

Setelah sekian lama.....

Adusss..... sudah terlalu lama aku tidak aktif dengan dunia siber! Bukan sahaja blog, FB juga tiada minat untuk aku update.  Hehehehee.... But few days ago (ke weeks ago kot) I was inspired after watching a movie in Astro, Julie & Julia; all my past perception on internet world seems changing again.

The reason aku merajuk hati biarlah aku seorang sahaja yang tanggung.  Dalam dunia ni terlalu banyak orang yang main drama. yang betul-betul ikhlas dah pupus agaknya.  Sebagaimana banyaknya cerita drama di tv - baik drama cinta, korporat (keparat) or hantu2... kat dunia sebenar ni pun semua tu adalah sama jer... semua org dah expert in becoming the best drama queen and king.

Aku sekarang dah menjawat jawatan surirumah, dan semuanya adalah suatu pengorbanan untuk rumahtangga ku.  Kalau sibuk sangat nak mencari duit... sampai bila-bila pun tak pernahnya cukup, bak kata orang; dapat sikit tak cukup, tapi bila ada banyak pun tak pernahnya cukup-cukup? lumrah manusia ke tu? jika orang dulu2 boleh hidup aman damai dengan sedikit rezeki tapi dapat juga mereka membesarkan anak2 menjadi orang juga kan? tapi zaman skrg... lebih banyak kemewahan diberi kepada anak... lebih hebatlah tahap sosial anak itu sehingga dia dewasa.  ish.... tak takut ke ibubapa zaman skrg bila dgr kisah2 anak dah jadi bohsia sejak dr sekolah rendah? itu masa sekolah... bila besar dan duduk jauh dr mak bapak? seks tanpa nikah dan bersekududukan dah jadi perkara normal?  belum kira lagi bab merokok, dadah, dedah dan arak lagi tu...?  Ya Allah... Kau lindungilah keluarga kami dari semua godaan syaitan..... Aminn.

Iksh... nak kena berhenti dulu ni... nak tgk apa barang kat dapur utk menu hari ni... jumpa lagi semua...