Friday, February 27, 2009

Same feeling?

Hai all...
today is my last day working with DEFTECH.
I'm gonna miss my family members in here, but my friends, I have to go. Pray for me, pray for my luck in my new place and I promise not to forget how lucky I am to have you as my family friends...
early this morning while blog hopping.... I was so surprise reading Ida's blog... the words she shown... is actually the same as what I am feeling right now. Pelik gak... we are not twins that always share the same feelings... but it happens kan kan kan?
so my dearie friends... enjoy reading...

For Someone I Love,

Yup, aku sayang kamu bangat loh!
dan kerana aku sayang kamu,
tiada lain yang ku pinta selain melihat kamu gembira dan bahagia.

walaupon kebahgiaan kamu merubah apa yang sedia ada antara kita.
namun aku akan tetap rasa gembira kerana kamu bahagia.
kerana aku x pernah lihat kamu sebahagia ini.
dan kebahagiaan kamu adalah kebahagiaanku jua.

oleh itu,demi kebahagiaan kamu,
biarlah aku mengundur diri.
aku lebih rela begini.
kerana aku tidak akan pernah dapat memberi kebahgiaan itu.

kerana kasih sayang ku padamu
hanya setakat kasih sayang seorang sahabat.
tidak akan pernah lebih dari itu.

kecapilah bahagiamu....
walaupun tanpa aku disisi.
jangan kau pinta yang lain,
kerna ia sukar bagiku.amat sukar.
terlalu sukar.

ku harap kau mengerti dan hormati keputusan ku.
namun ketahuilah sahabat,
kamu tetap sahabat yang aku sayang.
sampai mati,kamu tetap sahabat.

Tuesday, February 3, 2009

Fikiran Negatif

Today.... I want to share with you what I have read....
Tq to Shueqry for the motivation....

Tiap kali fikiran negatif mula tumbuh di fikiran, kena cantas cepat-cepat. Jika tidak, nanti macam rumput lalang jadinya, makin meninggi, makin membanyak, makin menyemak!.

Nak cantas fikiran negatif di fikiran kita hanya semudah seorang tukang kebun mencantas rumput dengan mesin atau dengan parang panjang saja. Bila rumput dah dicantas, biasanya tukang kebun tu terus lupakan rumput lalang yang dah di cantas, lalu beralih pada kerja-kerja lain.

Begitu juga dengan fikiran negatif. Bila kita dah cantas lalu buang fikiran negatif tu dari kepala kita, perlu lupakan segera, tak perlu di ingat semula.

Sebab bila di ingat berulang-ulang, ia akan tumbuh semula, lepas tu jadi subur pula. Maka jadilah kita orang yang susah nak berubah kerana di fikiran kita penuh dengan fikiran-fikiran negatif.
Orang yang berfikiran negatif ni, biasanya sibuk pasal hal orang tapi tak sibuk pasal diri sendiri terutama soal kemajuan hidupnya. Senang saja nak kenal pasti diorang. Bila tutur katanya yang buruk-buruk penuh caci maki, perbuatannya menyakitkan hati dan perangainya menyusahkan sesiapa saja di sekelilingnya, dah tentu dia orang yang berfikiran negatif.

Jika Anda bertemu orang yang berfikiran negatif, biasanya dia lebih banyak mengomen atau mengomplen pasal kerja Anda, apa yang Anda buat, hidup Anda dan idea-idea Anda. ataupun, dia lebih banyak menceritakan tentang kehebatan-kehebatan dirinya secara melebih-lebih. Anda akan jadi tak selesa, kekadang panas hati pun ada.
Bila dalam situasi camtu, cara paling baik berdepan dengan dia adalah dengan berdiam.

Mengapa? Dia akan buat apa saja supaya Anda marah dengan perbuatannya. Bila Anda dah marah, lagi dia suka! Tapi, bila Anda diam, tak lama selepas itu dia akan berlalu pergi.
Orang-orang yang berfikiran negatif, gambaran tentang mereka perlu kita cantas dalam fikiran. Elakkan seboleh mungkin berfikir pasal mereka dan perbuatan mereka, apatah lagi jika diiringi dengan emosi marah, geram atau sakit hati. Lebih baik fokus fikiran Anda pada matlamat nak memajukan diri.

Banyak berfikir pasal mereka membuat Anda berfikiran negatif serta merta. Kesannya, motivasi Anda menurun. Anda akan jadi kurang bersemangat dalam apa yang Anda lakukan.
Gunakan tenaga mental Anda berfikir untuk mencetus kemajuan dalam hidup Anda sekarang ni. Usah sibuk berfikir pasal orang-orang yang suka menyakitkan hati Anda. Cantas cepat-cepat fikiran sebegitu.

Ingat! Be positive all the way!