Tuesday, March 8, 2011

Setelah sekian lama.....

Adusss..... sudah terlalu lama aku tidak aktif dengan dunia siber! Bukan sahaja blog, FB juga tiada minat untuk aku update.  Hehehehee.... But few days ago (ke weeks ago kot) I was inspired after watching a movie in Astro, Julie & Julia; all my past perception on internet world seems changing again.

The reason aku merajuk hati biarlah aku seorang sahaja yang tanggung.  Dalam dunia ni terlalu banyak orang yang main drama. yang betul-betul ikhlas dah pupus agaknya.  Sebagaimana banyaknya cerita drama di tv - baik drama cinta, korporat (keparat) or hantu2... kat dunia sebenar ni pun semua tu adalah sama jer... semua org dah expert in becoming the best drama queen and king.

Aku sekarang dah menjawat jawatan surirumah, dan semuanya adalah suatu pengorbanan untuk rumahtangga ku.  Kalau sibuk sangat nak mencari duit... sampai bila-bila pun tak pernahnya cukup, bak kata orang; dapat sikit tak cukup, tapi bila ada banyak pun tak pernahnya cukup-cukup? lumrah manusia ke tu? jika orang dulu2 boleh hidup aman damai dengan sedikit rezeki tapi dapat juga mereka membesarkan anak2 menjadi orang juga kan? tapi zaman skrg... lebih banyak kemewahan diberi kepada anak... lebih hebatlah tahap sosial anak itu sehingga dia dewasa.  ish.... tak takut ke ibubapa zaman skrg bila dgr kisah2 anak dah jadi bohsia sejak dr sekolah rendah? itu masa sekolah... bila besar dan duduk jauh dr mak bapak? seks tanpa nikah dan bersekududukan dah jadi perkara normal?  belum kira lagi bab merokok, dadah, dedah dan arak lagi tu...?  Ya Allah... Kau lindungilah keluarga kami dari semua godaan syaitan..... Aminn.

Iksh... nak kena berhenti dulu ni... nak tgk apa barang kat dapur utk menu hari ni... jumpa lagi semua...