Wednesday, August 13, 2008

My Garden Pt 2

Dear all....

This week i am all alone at home... my hubby - Krul is working in Terendak Camp, Melaka and my lovely daughther - Ain is in Bukit Changgang, Banting with her nenek n atok. dah lama sangat dia x balik kampung and terlalu seronok la tue sampai sanggup x nak tido ngan mummy dia...

at least i know that ini adalah tanda2 yang dia dah semakin membesar dan perlu di treat bukan selaku budak yang kecik sangat oke...

so yesterday rang Yatie - she stays at Desa Coalfields, Sg buloh - ask if the flowers that i've ordered ade ke tidak... and she says ade! Yes! Yes! Yes! Akan berbau harum semerbak la my garden nanti.... and around 9 pm, i arrived at yatie's hse. (Yatie nie mummy dia ade nursery kat Batu Arang and she is actually more to selling herbs n spices plants) masuk jer kat rumah dia, dah berbau wangi dah.... huhuhu best... and daripada nak grab HSM, terjebak sampai bunga kesidang, and mayang sari pun I beli... (sure Krul bebel kat aku nanti nih....)

and sampai di rumah bermulalah sesi bercakap ngan pokok... (actually dr dlm keta lg dah start bercakap ngan pokok2 nie dah) sesi berkenal-kenalan ngan pokok2 senior... hehehe dan ketiga-tiga pokok itu ku letakkan berhampiran ngan santalia... supaya lebih mesra dan akrab mereka berempat... and this morning barula i amik picture or them...


this is: kesidang yang dah berbunga - this plant jenis tanaman tumpuh memanjat /melilit so nak kena train pucuk2 dia melilit kat batang kayu dulu before melilit ke pergola - price RM35

Info from Wikipedia:
Pokok Tikar Seladang atau juga dikenali sebagai Kesidang, atau juga Kerak Nasi merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai bunga putih dan berbau harum.
Ia mempunyai perdu setinggi ±3 meter
. Tumbuh tegak dengan daun majemuk, berbentuk payung berpasangan.

and this: Harum Sundal Malam (HSM) according to wikipedia, it is also known as Sundal Malam berasal dari Amerika Tengah. Dinamakan sedemikian kerana bunga ini kembang malam. Nama saintifiknya ialah Polianthes tuberosa - price RM15

meh nak tempek the info from melur.com
Nama Tempatan:Sundal malam
Nama Saintifik:Polianthes tuberosa
Nama Lain:tuberose
Famili:Amaryllidaceae/Agavaceae
keterangan:
Bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama tuberose berasal dari Amerika tengah. Nama saintifiknya ialah Polianthes tuberosa, tergolong dalam famili Amaryllidaceae/Agavaceae , sudal malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza.Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu.sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim(annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

kegunaan:
sundal malam digunakan diindia sebagai bunga untuk menumbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru.di india juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka.di sini juga bunga ini dikenali dengan nama ratkirani yang bermaksud mistress of the night.Ia dikatakan dapat menambah dan meransangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya).Minyak pati dari bunga ini sangat mahal , ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emosi, ia mendatangkan ketenangan hati dan perasaan.Bunga ini banyak ditanam secara komisial di mexico, hawaii, Us.



and one more (i didn't took its picture this morning sbb bunga dia blum kluar lagi) is the Mayang Sari but i tempek kat sini its picture from melur.com - price RM10
and it's description

Bunga mayang sari juga kadangkala dikenali dengan nama bunga sundal malam kerana keharumannya terumatanya diwaktu malam.Memiliki daun yang sekali imbas kelihatan seperti daun bunga kesidang atau daun mengkudu.Bunganya berwarna putih dan akan keluar dari celah pucuk dan berbau harum.Penjagaannya mudah dan ia akan berbunga sepanjang masa jika mendapat cahaya matahari yang secukupnya.

until then my frenz... daaa....

No comments: